Sep 08, 2014
[SOIL TREATMENT (RAWATAN TANAH) - PALOH]
Rawatan jenis ini dilakukan sebelum sesebuah bangunan/rumah didirikan. Tujuan rawatan ini ialah bagi mencegah serangan anai-anai dan ini adalah kaedah paling berkesan kerana ia dijalankan pada 3 peringkat pembinaan.
- Peringkat Pertama: Semburan ke atas tanah dijalankan sebaik sahaja kerja-kerja cerucuk bangunan/rumah didirikan.
- Peringkat Kedua: Semburan kedua dilakukan setelah kerja-kerja binaan dinding luar, rusuk tanah (ground beam) dan kerja- kerja penimbusan selesai, iaitu sebelum kerja membina lapisan kedap keras (hardcore).
- Peringkat Ketiga: Semburan terakhir dilakukan di bahagian kaki lima bangunan.
CARA SEMBURAN
Semburan akan dijalankan dengan menggunakan mesin penyembur bertekanan tinggi untuk mendapatkan semburan yang rata. Penyemburan akan dilakukan pada kadar 4-5 liter bagi setiap satu meter persegi. Keserataan antara tanah dan bahan kimia amat perlu untuk kesan yang efektif.
*Kaedah rawatan ini dijamin dengan 5 tahun waranti. Sekiranya dalam tempoh tersebut, masih terdapat anai-anai, pihak kami akan melakukan rawatan susulan secara percuma.